Archive

S5 Image and Content Fader



Designed by:
SiteGround web hosting Joomla Templates

‘Dulu kita minta panjang Sidang DUN, depa tak bagi’ PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Azman Ahmad   
Selasa, 19 Julai 2011 17:17

ALOR SETAR, 18 Julai - Ini adalah prosedur biasa apabila pertanyaan-pertanyaan mulut hanya sempat dijawab empat soalan sahaja dan Sidang  Dewan pada bulan November bolehlah banyak isu-isu akan dibincangkan.

 

Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata demikian kepada media selepas Sidang Dewan Negeri Bagi Mesyuarat Pertama Penggal; Kempat Dewan Undangan Negeri Yang Kedua Belas hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas soalan wartawan berikutan rungutan pihak pembangkang yang mahu dipanjangkan masa sesi soal jawab.

“Sidang dewan berlangsung macam biasa. Mungkin  bulan sebelas (November) banyaklah soalan isu-isu macam biasa dibincangkan. Boleh tanya. Peraturan Dewan lepas, terus masuk kepada sesi soal jawab sebelum ini bagi hanya sejam. Ini  peraturan dalam Dewan. Budi bicara Speaker macam ‘referee’ dia ada hak.


“Minta mahu sambung masa saya dalam  pembangkang. Kerajaan tak mahu sambung. Mai saya jadi kerajaan dia minta pula,” katanya.

Beliau turut mengulas mengenai jawapan kepada soalan spontan atau soalan tambahan, katanya, “kita kaji secara sepontan dia jawab spontan”.

Mengulas mengenai janji semasa manifesto antaranya memberi keselesaan kepada rakyat dari segi pengangkutan awam, katanya, selepas piliharaya kerajaan sudah mengkaji cara-cara meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam.

Katanya, pengangkutan awam ini bukan isu kerajaan negeri Kedah sahaja tetapi ianya adalah masalah isu seluruh negara. Rakyat Kedah sekarang sudah berjumlah 2.1 juta dan bandar-bandar sudah berkembang secara tidak langsung kemudahan pengangkutan perlu diperbaiki dari masa ke semasa.

“Ada berbagai jenis kenderaan, ada LRT, keretapi... kita bukan saja nak tambah bas tapi nak buat satu sistem yang ada keselesaan kepada rakyat termasuklah penumpang lain,” katanya.

 

 

Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 19 Julai 2011 17:26
 

Kalender

August 2014
S M T W T F S
27 28 29 30 31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31 1 2 3 4 5 6

Program Terkini


No Documents

PRU 13, siapa pilihan anda